Kursus Eduwebtv Daerah Kuala Terengganu Selatan

 PKG Daerah Kuala Terengganu Selatan telah mengadakan kursus eduwebtv versi2.0 kepada sekolah ahli yang mendapat bekalan TVLCD pada 27 dan 28 Mac 2011 bertempat di PKG Bukit Besar. Kursus ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada sekolah untuk mengintegrasikan penggunaan bekalan TVLCD dengan portal eduwebtv dalam pembelajaran.
Kursus ini turut dihadiri oleh pegawai dan staf PKG Daerah Kuala Terengganu sebagai pemangkin kepada masalah yang dihadapi oleh sekolah dalam penggunaan portal eduwebtv ini.
Terima kasih kepada En. Mohd Yusof, En. Mohammad bin Ali, Pn. Syuhairah dan Cik Anita selaku Fasilitator kursus ini.

Pemilihan Calon Tokoh Nilam 2011


 24 Mac 2011, Seramai 19 orang peajar dari sekolah ahli PKG Durian Burong telah berjaya melaksanakan ujian saringan  bagi pemilihan calon tokoh nilam yang akan mewakili daerah Kuala Terengganu ke peringkat negeri. Program tersebut yang dijalankan di PKG Bukit Besar di kategorikan kepada beberapa segmen bagi mencungkil bakat dan kemahiran yang ada pada setiap pelajar seperti ujian bertulis, sesi temuduga serta pengucapan awam.
          Program tersebut merupakan satu kerjasama seluruh warga PKG Daerah Kuala Terengganu yang terlibat secara langsung bagi pemilihan calon setiap PKG daerah Kuala Terengganu.
          Adalah diharapkan pertandingan ini akan menjadi mekanisme paling adil untuk memilih calon daerah ke peringkat negeri Terengganu tahun 2011. Ia juga menjadi medan menilai komitmen sekolah dalam melaksanakan dan menyediakan calon NILAM sekolah ke peringkat daerah. Komitmen pelbagai pihak diharap dapat menjadikan Calon Nilam daerah Kuala Terengganu berdaya saing dan menguasai pertandingan NILAM Peringkat negeri dan kebangsaan.

Keputusan SPM 2010

TERENGGANU TERUS UNGGUL DENGAN PENINGKATAN
 
Terengganu terus melakar kecemerlangan dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 yang diumumkan serentak hari ini, apabila gred purata negeri mencapai 5.03 bagi 2010 berbanding 5.17 tahun sebelumnya.
Pengecilan nilai gred purata negeri menunjukkan prestasi keseluruhan meningkat. Malah, peratusan calon yang memperolehi A ( kombinasi A+, A dan A-) dalam semua subjek yang diambil meningkat 0.5 peratus daripada 1.31 peratus (283 calon) pada 2009 kepada 1.88 peratus (405 calon).
Selain itu, peningkatan juga direkodkan dalam peratusan calon yang lulus semua subjek, iaitu 2.96 peratus daripada 53.58 peratus (11,601 calon) pada 2009 kepada 56.54 peratus (12,182 calon).
Pengarah Pelajaran Terengganu, Encik Razali Daud, berkata bilangan pelajar yang memperolehi keseluruhan A atau Gred Cemerlang Tertinggi (A+) juga menunjukkan peningkatan ketara daripada hanya lima pelajar pada 2009 melonjak kepada 17 pelajar pada 2010.
Daripada 17 pelajar, empat daripadanya merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tok Jiring, tiga pelajar daripada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Sulaiman (Kuala Terengganu dan dua pelajar masing-masing dari Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu dan SMK Sultan Ismail 2 (Kemaman).
Sementara enam pelajar lagi, masing-masing seorang daripada SMA Atas Sultan Zainal Abidin, SMK Tengku Lela Segara (Marang), SMK Lemmbah Bidong ( Setiu), SM Sains Sultan Mahmud (Kuala Terengganu), SMK Rantau Petronas (Kemaman); SMK Tengku Mahmud, Besut.

SUMBER :Laman Web Jabatan Pelajaran Terengganu

Pemilihan Calon Tokoh Nilam

MAKLUMAN :

Pemilihan calon tokoh nilam sekolah ahli PKG Durian Burong yang akan mewakili Daerah Kuala Terengganu akan diadakan pada 24 Mac 2011  bertempat di PKG Bukit Besar.

Masa  :   8.00 pagi

Harap maklum

Kursus EduWebTV

MAKLUMAN:

Kursus  EduwebTV kepada sekolah ahli yang mendapat bekalan TV LCD akan diadakan pada 27 dan 28 Mac 2011 bertempat di PKG Bukit Besar.

Harap Maklum.

Kajian Keberkesanan Pengurusan Program NILAM Melalui Sistem i-NILAM

MAKLUMAN : TINDAKAN SEGERA GPM / GURU PENYELARAS NILAM
Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) sedang membuat satu kajian menyeluruh untuk mendapatkan maklum balas terhadap keberkesanan pengurusan program NILAM melalui penggunaan sistem i-NILAM yang mula dilaksanakan pada tahun 2010.
Kerjasama Guru Perpustakaan Dan Media sekolah untuk melengkapkan "Soal Selidik 2" sebelum 18 Mac 2011 melalui pautan berikut :

Mesyuarat JKPA PKG Daerah Kuala Terengganu Bil 1/2011

Majlis Perasmian JKPA
Tarikh : 28hb Februari 2011
Hari : Isnin
Tempat : Dewan Besar Bahagian Teknologi Pendidikan

Aturcara
8.30 Kehadiran hadirin
9.00 Nyanyian
-Negaraku
-Akal Budi

-Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
-Ucapan PPDKT (Wakil :  En. Azhar bin Abu Bakar)
-Ucapan Perasmian oleh KPP (wakil : En. Azman bin Othman)
-Penyampaian Sijil Anugerah Cemerlang IQ PSS dan SSQS
-Bacaan Doa

10.30 Jamuan ringan
11.00 Mesyuarat JKPA
PKG Bukit Besar  =  Dewan Seminar
PKG Durian Burong = Bilik Persidangan
PKG Mengabang Telipot = Bilik Mesyuarat Lama
PKG Manir = Bilik Duyung
PKG Tok Jiring = Bilik Mesyuarat 2 (Surau lama)