Program Sandaran Ke Kelantan

Photobucket
24 November 2011- PKG Daerah Kuala Terengganu telah mengadakan program sandaran ke PKG Tumpat, Kelantan.

Seramai 75 orang peserta yang terdiri daripada guru-guru, juruteknik komputer serta EIO sekolah-sekolah daerah Kuala Terengganu telah turut serta dalam program ini.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pegawai dan staf PKG Daerah Tumpat yang terdiri daripada PKG Tumpat, PKG Pasir Pekan dan PKG Chabang Empat atas kesudian menerima kunjungan dari kami.

Selamat Bersara Tuan...

KUALA TERENGGANU 21 Nov. - Setelah lebih 34 tahun berkhidmat dalam sektor pendidikan, Pengarah Jabatan Pelajaran negeri, Razali Daud mencapai usia persaraan, semalam.

Razali, 58, menyerahkan tugas kepada Timbalannya, Hashim Mat Zin dalam satu majlis ringkas di pejabatnya hari ini yang akan memikul tangung jawab itu buat sementara waktu.

Razali ketika ditemui pemberita berkata, persaraannya tidak akan membataskan khidmatnya dalam bidang pendidikan di negeri ini.

"Sekiranya masih diperlukan, saya akan terus menyumbang apa yang termampu termasuk dari segi tenaga dan buah fikiran untuk kebaikan sistem pendidikan di sini.
"Saya sendiri mengimpikan Terengganu negeri terulung dalam bidang pendidikan di negara ini," katanya.
Pada masa sama, Razali turut berharap agar warga pendidik terus mempertingkatkan komitmen masing-masing di bawah kendalian pengarah baru nanti.
"Bidang pendidikan perlu dijaga, diberikan perhatian, diteliti dan dirancang dengan sebaik mungkin demi kepentingan anak bangsa.
"Justeru, saya harap pengarah baru nanti akan teruskan agenda kita untuk melestarikan pendidikan terbilang di negeri ini dalam usaha menjadikan Terengganu sebagai Negeri Anjung Ilmu," ujar beliau.  

Sumber : Blog Unit Sekolah Rendah JPNT

UPSR 2011 - Terengganu Terus Unggul

KUALA TERENGGANU - Terengganu terus unggul dalam pencapaian semua A, UPSR 2011 dengan pencapaian 15.6 % meningkat sebanyak 0.2% berbanding tahun 2010 sebanyak 15.4%. Begitu juga dengan pencapaian Minimun C telah meningkat kepada 71.1% berbanding 66.8%. Peningkatan 4.3 % menurut En.Razali bin Daud, Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu adalah antara yang terbaik semenjak beberapa tahun ini. Begitu juga dengan Gred Purata Negeri telah meningkat 0.11 dari tahun 2010 sebanyak 2.25 kepada 2.14 tahun 2011.
     Pengumuman keputusan UPSR 2011 bagi negeri Terengganu telah disampaikan oleh Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu di Bilik Mesyuarat Alamanda, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu pagi ini. Turut hadir Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri, Ketua-Ketua Sektor, Pegawai-Pegawai Pelajaran Daerah, pagawai di jabatan dan ppd serta wartawan akhbar dan media elektronik
     Pengarah Pelajaran Negeri bersyukur dengan pencapaian berkenaan dan semua pihak yang memberi sokongan ke arah kecemerlangan itu. Sebanyak 63 buah sekolah telah mencapai kejayaan cemerlang. SK. Kampung Bharu Tok Dor, Besut memperolehi pencapaian tertinggi peratus 5A iaitu sebanyak 66.67 %. Sementara pencapaian tertinggi GPS ialah SK Dusun, Hulu Terengganu iaitu 1.23. Daerah terbaik pencapaian semua A ialah Daerah Besut iaitu 23.9%



Sumber : Portal JPN Terengganu

Bengkel Pemantapan i-NILAM 2011

10 November 2011- PKG Durian Burong telah mengadakan bengkel pemantapan i-Nilam kepada semua guru nilam sekolah ahli bertempat di Bilik Auditorium SMK Seri Nilam. Bengkel tersebut diadakan bagi memantapkan pengisian data nilam pelajar ke dalam sisten pengisian i-nilam secara dalam talian serta proses kemaskini data pelajar untuk laporan ahkir tahun.

Mesyuarat Pengurusan PKG Daerah Kuala Terengganu

3 November 2011- PKG Daerah Kuala Terengganu telah mengadakan mesyuarat pengurusan PKG Daerah Kuala Terengganu kali ke-4 tahun 2011 bertempat di PKG Manir. Kesemua PTP dan N17 PKG terlibat dalam mesyuarat tersebut.