Bengkel iNilam dan iQPSS

Bengkel Pemantapan iNilam dan iQPSS 2012 bagi sekolah ahli PKG Durian Burong telah diadakan pada 14 dan 15 Februari 2012 di Bilik Mesyuarat PKG Durian Burong. Peserta bagi bengkel ini terdiri daripada Guru Perpustakaan Media Sekolah Ahli PKG Durian Burong.

Pada 15 Februari 2012 jam 2.00 petang, satu sesi Taklimat iNilam dan iQPSS kepada Pengetua/Guru Besar/GPK1/Wakil Pentadbir Sekolah bersama Guru Perpustakaan Media diadakan. Tujuan taklimat diadakan adalah bagi memantapkan pengisian Data Nilam dan Penarafan iQPSS sekolah ahli.

Taklimat ini juga turut dihadiri oleh En. Nize Bin Muhamad, Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Sumber Pendidikan, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu sebagai penceramah.