LADAP VLE SK WAKAF MEMPELAM


 

Tarikh   :  29 Julai 2017 (Sabtu)
Masa    :   11.00 pagi - 1.00 ptg
Tempat :   Makmal Komputer SK Wakaf Mempelam
Sasaran :  Semua guru

Ringkasan Aktiviti :
                 Bengkel ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan berkaitan penggunaan VLE dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Dalam bengkel ini, guru-guru didedahkan cara-cara untuk membina laman dan membina soalan-soalan kuiz yang akan digunakan dalam pengajaran pembelajaran di dalam kelas. Antara fasilitator yang hadir ialah En. El Gamillo bin Habibun Tan dari BTPN, En. Zulkifli bin Abd. Rashid dari PKG Bukit Payong dan Pn. Norliza bt Ibrahim dari PKG Tok Jiring.

TAKLIMAT & BENGKEL PEMBUGARAN PROFESSIONAL LEARNING COMMUNITY (PLC) SEKOLAH AHLI PKG DURIAN BURONG 2017


   

Tarikh   :   21 Ogos 2017
Masa     :   8.30 pagi
Tempat  :   Bilik Mesyuarat, Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Mansor, Kuala Terengganu

Ringkasan Aktiviti   :
           
         Taklimat dan Bengkel Pembugaran Professional Learning Community (PLC) ini diadakan dengan tujuan untuk memberi pendedahan dengan lebih jelas lagi kepada guru-guru di sekolah tentang apa itu PLC dan cara perlaksanaannya di sekolah. Bengkel ini dipimpin oleh Tuan Haji Shukri bin Ismail dan Tuan Haji Sabudin bin Ahmad yang merupakan pegawai SISC+ di Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Terengganu. Bengkel yang diadakan selama hampir satu hari ini telah dirasmikan oleh Tuan Timbalan PPD Daerah Kuala Terengganu.

BENGKEL PENGGUNAAN VLE DALAM PdPC ABAD 21 SEKOLAH AHLI PKG DURIAN BURONG 2017



Tarikh   :   23 Julai 2017
Masa     :   9.00 pagi
Tempat  :   Makmal Komputer, Sekolah Menengah Kebangsaan Chendering
Peserta  :   Guru Penyelaras Bestari & Guru ICT

Ringkasan Aktiviti :

Bertempat di Makmal Komputer, Sekolah Menengah Kebangsaan Chendering telah berlangsung bengkel VLE  bersama guru-guru yang bukan guru ICT dan juga bukan guru Admin VLE.
Bengkel  ini diadakan dengan tujuan untuk memberikan pendedahan yang lebih meluas kepada guru-guru berkenaan dengan VLE. Disamping itu, ia bertujuan untuk melatih dan meningkatkan kemahiran guru-guru yang hadir agar dapat membiasakan diri menggunakan pelantar VLE dalam pengajaran pembelajaran di sekolah.
Bengkel ini diadakan pada 21 Julai 2017 bermula jam 9.00 pagi dan dipimpin oleh Cikgu Rosman Abadi bin ABd. Razak selaku Guru Advokasi Emas Negeri Terengganu dan dibantu oleh beberapa orang fasilititator VLE Daerah Kuala Terengganu.

MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN AKTIVITI (JKPA) SEKOLAH AHLI PKG DURIAN BURONG BIL. 2/2017


Tarikh   :   16 Julai 2017
Masa     :    9.00 pagi
Tempat :    Bilik Mesyuarat, Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Midin, Kuala Terengganu

Ringkasan Aktiviti   :

Mesyuarat Jawatankuasa Permuafakatan Aktiviti (JKPA) peringkat Pusat Kegiatan Guru Durian Burong telah diadakan di Bilik Mesyuarat Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Midin. Ia turut dihadiri oleh Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Terengganu (VOTEK) dan Pegawai Teknologi Pendidikan dari Unit Pengurusan Strategik BTPN Terengganu.
Mesyuarat pada 16 Julai ini adalah lebih kepada perbincangan untuk menaikkan penggunaan VLE di sekolah-sekolah ahli disamping untuk mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh sekolah dan seterusnya membincangkan cara-cara untuk penyelesaian.
Manakala objektif mesyuarat yang kedua pula ialah memberi pendedahan kepada pentadbir-pentadbir tentang pengisian SSQS untuk tahun ini. Dan menerangkan target SSQS kepada sekolah-sekolah ahli.

MESYUARAT GPB & GICT BIL 1/2017 SEKOLAH AHLI PKG DURIAN BURONG




Tarikh   :   20 Febuari 2017
Masa     :   9.00 pagi
Tempat  :   Bilik Mesyuarat, Sekolah Menengah Kebangsaan Belara
Peserta  :   Guru Penyelaras Bestari dan Guru ICT

Ringkasan Aktiviti   :  
      
 Mesyuarat ini adalah mesyuarat kali pertama yang dilaksanakan  bagi guru-guru ICT dan Penyelaras Bestari sekolah-sekolah ahli PKG Durian Burong, PKG Bukit Besar dan PKG Manir. Objektif utama mesyuarat kali ini diadakan secara peringkat Daerah untuk memberi pendedahan tentang pembudayaan VLE di sekolah kerana ia turut dikongsi oleh Guru Advokasi Emas Negeri Terengganu iaitu Cikgu Rosman Abadi bin Abd. Razak dari Sekolah Kebangsaan Tok Dir.
Selain itu, tujuan mesyuarat ini adalah untuk menyelaraskan semula aktiviti-aktiviti PKG bersama guru-guru ICT sekolah. Disamping itu, dapat memantapkan lagi fungsi PKG dalam menguruskan aktiviti bersama sekolah yang merupakan sebahagian dari SKT PKG itu sendiri.