FAQs

1. Apa itu SSQS?

Apa itu SSQS dan kenapa sekolah terlibat?
Aplikasi ini bertujuan untuk mendapatkan maklum balas berkaitan pembudayaan dan penggunaan ICT di sekolah. Bermula dengan penggunaan secara manual di 88 buah sekolah bestari, kini aplikasi ini yang telah dibina berasaskan web akan diperluaskan lagi bagi membuat penarafan di semua sekolah seluruh Malaysia.

Siapa yang menguruskan SSQS?
SSQS diuruskan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan BTP) dan dibantu bersama oleh Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) melalui Pusat Kegiatan Guru (PKG). Dapatan SSQS ini akan dibentangkan kepada KSU KPM untuk mengukur sejauh mana pembudayaan dan amalan bestari di sekolah-sekolah Malaysia secara amnya.

SSQS boleh dilayari di laman sesawang seperti berikut - http://ssqs.moe.edu.my


2. Apakah itu IQ PSS?
IQ PSS adalah singkatan bagi Index Quality Pusat Sumber Sekolah.
Diguna pakai sebagai indeks piawai pengukur Prestasi Pusat Sumber Sekolah Seluruh Malaysia.
IQ PSS menterjemahkan kriteria kualitatif pencapaian PSS kepada indeks kuantitatif kualiti agar prestasi sesebuah PSS boleh diukur sevara seragam dan di buat analisabagi mengenalpasti kekuatan dna kelemahan PSS dalam merancang tindakan pembetulan dan penambahbaikan dari segi perunutkan kewangan, pembekalan bahan (koleksi) PSS, peralatan, program latihan, Program Jejak Maklumat dan sebagainya agar dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dan mencapai matlamat di masa hadapan


3. Apa itu Pusat Akses Sekolah?
Selaras dengan arus perkembangan teknologi maklumat di negara ini, kerajaan berhasrat membestarikan semua sekolah di seluruh negara melalui program Pembestarian Sekolah. Pelaksanaan Pusat Akses Sekolah merupakan satu dari pelbagai inisiatif Kementerian Pelajaran Malaysia dalam menyediakan infrastruktur ICT yang mencukupi bagi menjayakan pembestarian sekolah. Pada masa ini ramai pelajar dilihat amat berminat dan cenderung dengan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Kecenderungan ini harus dipupuk dengan penyediaan kemudahan dan akses kepada pengisian ICT agar selari dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan lebih ramai pelajar yang mahir dalam bidang ICT bagi menghadapi persaingan di peringkat global.

Pusat Akses Sekolah berfungsi sebagai pemangkin pembudayaan ICT di sekolah. Ia merupakan satu ruang pembelajaran yang disediakan bagi membolehkan murid membuat pembelajaran secara kendiri dan mempelbagaikan gaya pembelajaran mereka. Penggunaan Pusat Akses Sekolah yang berkesan diharapkan meningkatkan kemahiran ICT murid untuk tujuan pembelajaran.

4. Apakah itu Dasar MBMMBI?
Dasar MBMMBI ialah dasar Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk memastikan penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar di semua sekolah kebangsaan dan sekolah menengah serta memastikan murid boleh menguasai bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dengan fasih dan betul.

5. Apakah perbezaan antara Dasar PPSMI dan Dasar MBMMBI?
Dasar PPSMI menetapkan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengajaran dan pembelajaran (p&p) sains dan matematik di sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Tamil dan sekolah menengah.
Dasar MBMMBI menetapkan penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa p&p sains dan matematik di sekolah kebangsaan dan sekolah menengah, bahasa Cina di sekolah jenis kebangsaan Cina dan bahasa Tamil di sekolah jenis kebngsaan Tamil.