Nilam


‘NILAM’ atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan markah dikumpulkan secara kumulatif sehinggalah mereka tamat persekolahan.
Program ini ialah satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia dengan matlamat untuk membina tabiat membaca di kalangan murid. Bahagian Teknologi Pendidikan ialah urus setia di Kementerian Pelajaran yang ditugaskan untuk menyelaras program ini.
Program ini telah mula dilaksanakan dengan Tahun Satu di sekolah rendah dan Tingkatan Satu atau Peralihan di sekolah menengah dengan rasminya pada 1999, melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.13/1998: Program Membina Tabiat Membaca bertarikh 22 Mei 1998.

MATLAMAT
Membina tabiat membaca yang berkekalan di kalangan pelajar.


OBJEKTIF
  • - Menjadikan murid banyak membaca.
  • - Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca

TIGA ELEMEN NILAM
  • 1. Rekod Membaca
    Setiap pelajar merekodkan buku yang dibaca dalam Buku Rekod Membaca NILAM.
  • 2. Pengesahan Pembacaan
    Guru Kelas mengesahkan rekod bacaan pelajar.
  • 3. Pengiktirafan
    Pengiktirafan diberi kepada pelajar berdasarkan bilangan buku yang dibaca.

MODEL

NILAM

PENCAPAIAN TAHAP NILAM
1. Tahap Jauhari
2. Tahap Rakan Pembaca

PENGIKTIRAFAN
Tahunan
  • Buku Rekod Kemajuan
  • Kad Kumulatif

Keseluruhan
  • Selepas 6 tahun di sekolah rendah dan 5 tahun di sekolah menengah
  • Sijil Berhenti Sekolah
  • Surat Akuan Sekolah

Murid yang berjaya menamatkan program NILAM berkeistimewaan untuk pemilihan ke Sekolah Kawalan, Sekolah Berasrama Penuh, Kelas Ekspres, Penajaan Biasiswa dan Institut Pengajian Tinggi.

CADANGAN AKTIVITI NILAM
  • 1. Program Iqra'
  • 2. Membaca Bersama
  • 3. Ceramah Buku
  • 4. Pertandingan Bercerita
  • 5. Khemah Membaca
  • 6. Pameran Buku
  • 7. Teater Membaca
Masa yang disarankan untuk Program NILAM
  • 1. Dimasukkan dalam jadual waktu, satu waktu dalam pengajaran bahasa.
  • 2. Masa Khas - contoh 10 minit sebelum waktu sekolah bermula dan waktu rehat.
  • 3. Waktu untuk aktiviti perpustakaan.
  • 4. Menggunakan waktu senggang untuk membaca.
SUMBER BAHAN BACAAN
  • 1. Perpustakaan Sekolah
  • 2. Perpustakaan Awam
  • 3. Perpustakaan Keluarga
  • 4. Sudut Bacaan di Masjid
  • 5. Perpustakaan FELDA
  • 6. Perpustakaan KEMAS