Sudut PSS

Sudut-sudut Cadangan untuk PSS:

1. SUDUT MENGENALI WARGA SEKOLAH
-  Mewujudkan mengeratkan hubungan antara guru dengan guru dan murid dan guru.
-  Memberi peluang kepada murid untuk mengenali semua warga sekolah dengan jelas.
-  Menanam sikap hormat dan sayang murid kepada warga sekolah.
-  Memenuhi konsep " Sekolahku Rumahku ".
-  Menarik minat murid ke perpustakaan.

2. SUDUT MURID CEMERLANG KOKURIKULUM
-  Merangsang murid untuk memajukan segala potensi dan bakat pada diri mereka.
-  Menghargai kejayaan murid dalam bidang ko-kurikulum.
-  Menjadi perangsang kepada murid lain untuk mencontohi kejayaan murid yang berjaya.
-  Menarik minat murid ke perpustakaan.

3. LAMAN GEMILANG (MURID BERJAYA UPSR)  
-  Menghargai kejayaan murid dalam bidang ko-kurikulum.
-  Memberi perangsang kepada murid lain untuk berjaya dalam UPSR.
-  Menjadikan murid berjaya sebagai idola dan sumber inspirasi murid lain.
-  Menarik minat murid ke perpustakaan.

4. ALBUM PUSAT SUMBER
-  Merekod segala aktiviri Pusat Sumber Sekolah dalam bentuk gambar.
-  Mencatat segala kenangan yang melibatkan Pusat Sumber.
-  Menampilkan gambar-gambar sudut yang terdapat di dalam Pusat Sumber.
-  Menarik minat murid ke perpustakaan.

5. SUDUT PAMERAN BUKU SKRAP
-  Menghargai segala penglibatan murid dalam pertandingan.
-  Menghargai kesungguhan murid dalam melaksanakan segala pertandingan.
-  Menampilkan buku skrap contoh kepada khalayak sekolah,.
-  Menarik minat murid ke perpustakaan.

6. SUDUT PAMERAN BUKU BARU
-  Menarik minat murid untuk membaca.  
-  Memaklumkan kehadiran buku baru di dalam perpustakaan.
-  Menarik minat murid ke perpustakaan.

7. SUDUT KUIZ BESTARI
-  Menarik minat murid untuk menyertai pertandingan.  
-  Meletak segala maklumat tentang pertandingan.
-  Memudahkan murid mencari soalan dan jawapan pertandingan.
-  Menarik minat murid ke perpustakaan.

8. SUDUT SEJARAH SEKOLAH
-  Menanam semangat sayangkan sekolah pada diri guru dan murid.
-  Memaklumkan sejarah sekolah kepada semua guru dan murid.
-  Menarik minat murid ke perpustakaan.

9. LAMAN CAKNA PANTUN
-  Menambah pengetahuan murid tentang pantun.
-  Mengekalkan budaya melayu.
-  Menarik minat murid ke perpustakaan.

10. SUDUT DETIK-DETIK BERSEJARAH
-  Merakam detik-detik bersejarah yang berlaku di sekolah.
-  Menghargai kejayaan sekolah.
-  Menarik minat murid ke perpustakaan.

11. LAMAN KOLEKSI MAYA
- Laman ini mengandungi 3 segmen iaitu :
           > Sudut Mata Wang Sedunia
           > Sudut Koleksi Setem Sedunia
           > Sudut Koleksi Kad Telefon dan Kad Pintar Sedunia.
-  Memperkenalkan budaya dunia kepada murid.
-  Memperkenalkan maklumat tentang dunia kepada murid.
-  Menanam minat murid terhadap sesuatu hobi yang berfaedah.
-  Menarik minat murid ke perpustakaan.

12. SUDUT PAMERAN BERMUSIM

-  Menghargai bakat yang ada pada murid. 
-  Menampilkan karya murid kepada khalayak sekolah. 
-  Menampilkan rasa keyakinan diri pada murid. 
-  Menarik minat murid ke perpustakaan. 

13. SUDUT HASIL KERJA MURID

-  Menghargai segala hasil kerja murid. 
-  Menyimpan bahan bercerita dan pupet untuk kemudahan murid. 
-  Menarik minat murid ke perpustakaan. 

14. SUDUT PERMAINAN

-  Memperkenalkan permainan yang menguji kepintaran murid. 
-  Mengekalkan permainan tradisional 
-  Menarik minat murid ke perpustakaan. 

15. SUDUT POHON ILMU 

-  Mengantung bahan-bahan pembelajaran sebagai rujukan murid. 
-  Mengantung bahan-bahan hasil seni murid. 
-  Menghargai hasil kerja murid yang berkualiti. 
-  Menarik minat murid ke perpustakaan. 

16. SUDUT BERCERITA

-  Sebagai tempat murid bercerita dan menampikan keyakinan diri yang teguh. 
-  Sebagai tempat proses pembelajaran dan pengajaran di luar bilik darjah. 
-  Menarik minat murid ke perpustakaan. 


17. SUDUT MAYA PUPET

-  Sebagai tempat murid membuat persembahan pupet dan menampikan keyakinan diri yang teguh. 
-  Sebagai tempat proses pembelajaran dan pengajaran di luar bilik darjah. 
-  Menarik minat murid ke perpustakaan. 


18. SUDUT WARISAN BUDAYA

-  Untuk mengekalkan warisan budaya yang hampir hilang. 
-  Sebagai tempat murid belajar tentang kebudayaan bangsa Malaysia. 
-  Menarik minat murid ke perpustakaan. 

19. SUDUT CINTAI KEINDAHAN DAN KEBUDAYAAN NEGARA

-  Memperkenalkan kepada murid negeri dan tempat menarik yang terdapat di dalam negara. 
-  Menanam sikap menyintai negara sendiri. 
-  Memperkenalkan destinasi pelancongan yang terdapat di negara kita. 
-  Menarik minat murid ke perpustakaan.

20. LAMAN BUSANA 

-  Memperkenalkan kepada murid tentang jenis-jenis pakaian yang terdapat di negara kita. 
-  Menanam sikap sayangi sesama kaum pada diri murid.
-  Menarik minat murid ke perpustakaan. 

21. SUDUT PAMERAN BARANG ANTIK
-  Mengekalkan barang antik yang hampir hilang di dalam pengunaan masyarakat pada zaman sekarang.
-  Menambah ilmu pada diri murid tentang barang-barang antik yang pernah wujud.
-  Memberi peluang kepada murid untuk membezakan teknologi lama dan teknologi sekarang.
-  Menarik minat murid ke perpustakaan.

22. SUDUT SELF ACCESS LEARNING
-  Memberi peluang kepada murid untuk belajar sendiri.
-  Memberi peluang kepada murid untuk mencari ketenangan.
-  Menarik minat murid untuk ke perpustakaan.

23. SUDUT SEJENAK MEMBACA
-  Memberi peluang kepada murid untuk membaca di mana-mana sudut di dalam perpustakaan.
-  Memperkenalkan konsep "Ilmu Ada Di Mana-Mana".
-  Menarik minat murid ke perpustakaan.

24. SUDUT AKHBAR
-  Untuk memberi peluang kepada guru dan murid mengetahui berita-berita semasa.
-  Mewujudkan budaya membaca yang kuat pada diri guru dan murid.
-  Menarik minat murid ke perpustakaan.

25. SUDUT RUJUKAN 
-  Sudut Guru
         >  Memudahkan guru mencari bahan rujukan. Menarik minat guru ke perpustakaan.
-  Sudut Murid
         >  Memudahkan murid mencari bahan rujukan. Menarik minat murid ke perpustakaan.

26. SUDUT KAKTUS
-  Mewujudkan pembelajaran melalui konsep"BENDA HIDUP".
-  Memperkenalkan budaya ilmu bukan sahaja ada di dalam buku.
-  Menanam sikap gemar pada hobi yang berfaedah.
-  Menarik minat murid ke perpustakaan.

27. SUDUT MAJALAH
-  Untuk mewujudkan budaya membaca pada diri murid.
-  Mempelbagaikan bahan bacaan di dalam perpustakaan.
-  Menarik minat murid ke perpustakaan.

28. SUDUT HIDUPAN AIR
-  Memperkenalkan benda hidup kepada murid. 
-  Memberi ketenangan kepada pengunjung perpustakaan.
-  Menarik minat murid ke perpustakaan.

29. SUDUT KOLEKSI RANTAI KUNCI
-  Menambahkan ilmu kepada murid melalui benda selain buku.
-  Menggalakan murid mempunyai hobi yang berfaedah.
-  Menarik minat murid ke perpustakaan.

30. SUDUT PROGRAM NILAM 
-  Memudahkan segala urusan yang melibatkan Program NILAM. 
-  Melicinkan guru membuat analisis .
-  Memudahkan murid menyelesaikan segala masalah berkaitan Program Nilam.

31. SUDUT ANGKASA LEPAS
-  Mewujudkan kaedah pembelajaran yang mampu menarik minat murid.
-  Mewujudkan lokasi pembelajaran secara pelan dan susun atur yang betul.
-  Menambat perhatian dan pemerhatian murid secara menyeluruh. Menarik minat murid ke perpustakaan.

32. SUDUT JALAN RAYA
-  Mewujudkan suasana di jalan raya secara harmoni
-  Mendisplin murid tentang undang-undang di jalan raya.
-  Menarik minat murid ke perpustakaan.

33. SUDUT TOKOH PEMIKIR ISLAM
-  Memberi kesedaran kepada murid tentang kebijaksanaan tokoh-tokoh pemikir Islam.
-  Menjadikan orang yang warak dan bestari sebagai idola mereka.
-  Menarik minat murid ke perpustakaan.

34. SUDUT INFO AKURIUM 
-  Memberi peluang murid untuk mencari minat atau hobi yang berfaedah.
-  Menambah pengetahuan murid tentang hal yang berkaitan dengan akurium
-  Menarik minat murid ke perpustakaan.

35. SUDUT NOSTALGIA GURU
-  Memberi peluang kepada guru untuk mengabadikan kenangan silam mereka.
-  Memberi peluang kepada murid untuk melihat wajah guru mereka.
-  Menjadikan kejayaan guru sebagai idola dan inspirasi kepada murid.
-  Menarik minat murid ke perpustakaan.