Bengkel Pemantapan iNilam dan iQPSS 2012 bagi sekolah ahli PKG Durian Burong telah diadakan pada 14 dan 15 Februari 2012 di Bilik Mesyuarat PKG Durian Burong. Peserta bagi bengkel ini terdiri daripada Guru Perpustakaan Media Sekolah Ahli PKG Durian Burong.
Pada 15 Februari 2012 jam 2.00 petang, satu sesi Taklimat iNilam dan iQPSS kepada Pengetua/Guru Besar/GPK1/Wakil Pentadbir Sekolah bersama Guru Perpustakaan Media diadakan. Tujuan taklimat diadakan adalah bagi memantapkan pengisian Data Nilam dan Penarafan iQPSS sekolah ahli.
Taklimat ini juga turut dihadiri oleh En. Nize Bin Muhamad, Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Sumber Pendidikan, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu sebagai penceramah.
Verifikasi Data Guru Perpustakaan Media
PKG Durian Burong mengadakan verifikasi data Guru Perpustakaan Media 2012 mulai 25/01/2012 hingga 30/01/2012. Mohon Guru Perpustakaan Media mengisi maklumat terkini pada pautan dibawah :
Verifikasi Data GPM 2012
Mesyuarat Pengurusan PKG Daerah Kuala Terengganu Bil 1/2012
Ahad,8 Januari 2012- PKG Daerah Kuala Terengganu telah berjaya mengadakan mesyuarat pengurusan PKG Daerah Kuala Terengganu bil 1/2012 jam 2.00 petang bertempat di PKG Manir.
Semua pegawai PTP dan Juruteknik komputer PKG hadir ke mesyuarat tersebut yang turut dihadiri oleh En Yusof bin Mis, dari UPPKG BTPNT mewakili ketua Unit Pengurusan Hal Ehwal PKG.
Subscribe to:
Posts (Atom)

