Program Memasyarakatkan Pendidikan Sempena Perayaan Hari Guru



14 Mei 2011, SABTU – Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Terengganu telah mengadakan Program Memasyarakatkan Pendidikan Sempena Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Terengganu 2011 bagi Zon PKG Durian Burong pada 14 Mei 2011.
        Program yang julung kali diadakan ini merupakan satu program yang dirancang bagi memberi ruang dan peluang kepada warga pendidik untuk merapatkan hubungan dan mengeratkan lagi ikatan silaturrahim antara golongan pendidik dan warga murid dengan penduduk setempat.
        Antara aktiviti yang dijalankan ialah gotong-royong membersihkan Masjid Jamek Kampung Paloh, membersihkan kawasan perkuburan  Makan Tok Ku Paloh, tazkirah ilmu dan majlis ramah mesra bersama pemimpin setempat

Kursus Pemantapan Pengurusan PSS


          8 Mei 2011- Jawatankuasa Pembangunan Pusat Sumber Sekolah PKG Durian Burong telah mengadakan kursus Pemantapan Pengurusan PSS untuk sekolah ahli bertempat di Bilik Seminar PKG Durian Burong. Seramai 2 orang guru bagi setiap sekolah yang terlibat secara langsung dalam pengurusan Pusat Sumber Sekolah telah dipilih untuk mengikuti kursus ini. 
          Terima kasih  diucapkan kepada Pn. Nik Rosniza (BTPNT), Pn. Siti Hawa (SMK Padang Midin) dan Pn. Roslina (SK Gelugor) sebagai fasilitator bagi menjayakan kursus ini dengan pengalaman yang dimiliki untuk dikongsi bersama oleh peserta kursus tersebut. 
          Kursus ini juga turut dihadiri oleh En. Mohd Kaman selaku pengerusi Jawatankuasa Pembangunan PSS PKG Durian Burong.

Tahniah Di atas Perlantikan Tuan PPD Kuala Terengganu


Seluruh warga PKG Durian Burong mengucapkan tahniah atas perlantikan  Tuan Haji Matsor bin Ismail sebagai Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Terengganu yang baru semoga kehadiran Tuan PPD dapat merialisasikan PPD Kuala Terengganu sebagai Peneraju Kecemerlangan Pendidikan dan Melestarikan Pendidikan Terbilang.

SELAMAT MENYAMBUT HARI IBU


Kita semua dilahirkan di dunia ini melalui seorang yang bernama ibu. Begitu besar peranan dan jasa insan yang bernama ibu ini. Oleh itu renungkanlah sejenak apakah yang telah kita lakukan untuk membalas segala budi ibu ini.


Hari Ibu akan disambut pada 8 Mei 2011(AHAD). Sambutlah hari ini dengan mengucapkan selamat hari ibu serta ucapan jutaan terima kasih atas kasih sayang dan pengorbanan ibu kita selama ini. Disini juga saya ingin memaparkan sebuah cerita agung tentang pengorbanan seorang Ibu kepada anaknya...



"Nurse,boleh saya tengok bayi saya?"

Ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dengan tidak kepada seorang jururawat. Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyuman meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu,diciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada dipangkuannya.

Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga. Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal,sesuatu yang cukup menggembirakan si ibu.

Masa terus berlalu...Pulang dari sekolah suatu tengahari,anak yang tiada cuping telinga itu kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia diejek rakan-rakan.

"Mereka kata saya cacat," katanya kepada si ibu.

Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan muncul sebagai pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga,si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk.

Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor. Ayah kanak-kanak itu tidak mahu anaknya terus merasa rendah diri dengan keadaan diri yang cacat.

"Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma," kata pakar bedah.

Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban. Setahun berlalu...

"Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan," kata si ayah.

Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang. Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajarannya. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.

"Sebelum berangkat ke luar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya," kata si anak berkali-kali.

"Tak mungkin," balas si ayah.

"Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan.Tunggulah,masanya akan tiba."

"Bila?" tanya si anak.

"Akan tiba masanya anakku," balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk.

Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya. Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya,perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku. Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada.

"Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya," si ayah berbisik ke telinga anaknya.

"Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat,dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya...tanyalah pada sesiapa pun kenalannya."