SEJARAH PKG

         

Dari segi sejarah, penubuhan PKG bermula dengan tertubuhnya Pusat Sumber Tempatan (PST) DI 302 sekolah pada tahun 1978.  Pada tahun 1981 PST diubah  nama kepada Pusat Media Daerah (PMD), iaitu selaras dengan konsep dan rasional pembukaan empat buah Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN) di Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pahang.
          Pada tahun 1986 nama PMD telah diubah kepada Pusat Sumber Pendidikan Daerah (PSPD). Setiap PSPD memberi khidmatkepada 15 hingga 20 buah sekolah. Fungsi utama PSPD ialah mengatasi dan memperbaiki jurang perbezaan pencapaian pendidikan luar dan dalam bandar dengan menyediakan perkhidmatan pinjaman alatan dan membina  bahanpengajaran dan pembelajaran kos rendah. Kementerian Pendidikan berhasrat menjadaikan PSPD sebagai agen untuk membiasakan guru-guru khasnya di luar bandar dengan asas teknologi pendidikan (teknopen).
          Seterusnya pada tahun 1990 nama PSPD ditukar kepada Pusat Kegiatan Guru (PKG). Dengan menggunakan peruntukan Bank Dunia, sebanyak 200 buah bangunan PKG telah dibina dan 150 buah lagi telah ditempatkan di bangunan sekolah. Nama PKG dianggap sesuai untuk menggantikan nama Pusat Sumber Pendidikan Daerah bagi mengelak kekeliruan pada istilah 'Daerah', memberi gambaran sebenar tentang aktiviti yang dijalankan di pusat tersebut.Pada tahun 1995 PKG telah menerima Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam sebagai pengiktirafan di atas kejayaan yang telah dicapai.
          Mulai 1.1.1996 PKG telah diletakkan sepenuhnya di bawah pengurusan PSPN, sementara PSPN pula diletakkan di bawah Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Kementerian Pendidikan Malaysia.
          PKG Durian Burung terletak dalam Daerah Kuala Terengganu. Menumpang bangunan lama Pejabat Pelajaran Dearah Kuala Terengganu. Jarak dengan BTPN Terengganu sejauh 20 kilometer manakala 2 kilometer dengan Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Terengganu. PKG Durian Burung pada peringkat awal penubuhannya dikendalikan oleh Tn. Hj. Jamaludin bin A Bakar selaku Penyelaras PKG yang pertama. Diikuti dengan YM Ku Ahmad bin Ku Ibrahim sebagai Penyelaras PKG yang kedua, diikuti pula YM Tg. Adnan bin Tg. Mansor.. Selepas beliau, En. Hassan bin Embong menerajui PKG Durian Burung dan En. Amiruddin bin Mohamed memangku tugas beliau kerana beliau melanjutkan pelajaran ke IAB.
          Pada 1 Mei 2007, En. Hassan bin Embong telah kembali ke PKG Durian Burung bagi menjalankan tugas beliau. Pada 02 Jun 2008, En Mohammad bin Ali telah diamanahkan untuk menerajui PKG Durian Burung bersama dengan En. Mat Salleh bin Said. Setelah En. Mat Salleh memperolehi Ijazah Sarjana Muda, berliau telah kembali menjalankan tugas sebagai guru dan jawatan beliau diambil alih oleh Pn. Roshaliza bt Wahab pada 01 April 2010. Pn Roshaliza bertukar ke PKG Bukit Payung dan tempat beliau di ambil alih oleh En Wan Mahdi bin Wan Khaldin. Selaras dengan era perubahan, PKG Durian Burung kini mempunyai 2 orang Pegawai Teknologi Pendidikan, seorang Pembantu Tadbir dan seorang juruteknik komputer. Oleh kerana PKG Durian Burung ditempatkan di bangunan Pejabat Pendidikan Dearah Kuala Terengganu (lama), Jabatan Pendidikan Terengganu menempatkan 2 orang pekerja Swasta dan 2 orang Pengawal Keselamatan di PKG Durian Burung.