Pada 1 Ogos 2013, Pihak PKG Durian Burong telah mengadakan Bengkel Pengisian Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) bagi sekolah ahli PKG Durian Burong. Seramai 28 Guru dari sekolah ahli yang terdiri dari Penyelaras SPS Sekolah telah hadir pada bengkel tersebut.
Tujuan bengkel diadakan adalah untuk membantu sekolah-sekolah ahli yang mempunyai masalah dalam usaha untuk melengkapkan modul SPS sekolah masing-masing. Disamping itu juga para peserta dapat berkongsi pengalaman dengan mereka yang telah berjaya membuat pengisian sistem tersebut dengan lengkap.
Bengkel telah dikendalikan oleh Pengawai Teknologi Pendidikan I PKG Manir, Cik Anita @ Aziza Bt. Mohamad dan Pegawai Teknologi Pendidikan II PKG Durian Burong, Encik Muhamad Abdah Bin Ismail.
Tahniah diucapkan kepada Sekolah Kebangsaan Atas Tol yang telah berjaya mencapai status hijau (Penggunaan Penuh) pada indikator Penggunaan SPS Sekolah