13 Oktober 2011 - Seramai 12 peserta daripada guru Bahasa Melayu dan guru Bahasa Inggeris dari 6 buah sekolah menengah ahli PKG Durian Burong telah menghadiri Taklimat Pengedaran Bahan Digital MBMMBI dan seterusnya menandatangani Akuan Penerimaan bahan tersebut yang telah diadakan di bilik mesyuarat PKG Durian Burong.
Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Bahagian Teknolgi Pendidikan mengedarkan bahan-bahan digital untuk kegunaan dalam pengajaran dan pembelajaran mulai sesi persekolahan tahun 2012. Bahan-bahan tersebut diedar ke sekolah-sekolah menengah seluruh negeri Terengganu melalui Pusat Kegiatan Guru.
No comments:
Post a Comment