Perkhidmatan Internet di sekolah-sekolah bagi tahun 2012

Salam Sejahtera Tuan/Puan,


Bersama-sama ini disertakan surat siaran perkhidmatan Internet di sekolah-sekolah dari BPPA, KPM berkaitan pemasangan perkhidmatan internet disekolah-sekolah bagi tahun 2012.


Disertakan juga lampiran berkenaan garis panduan pemasangan perkhidmatan tersebut.


Sekian, harap maklum.

Muat turun:

Makluman : Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam


SISTEM SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM (SBPA)
Sukacita dimaklumkan bahawa sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) boleh dicapai mulai 16 Disember 2011 hingga 31 Disember 2011, melalui laman web KPM iaitu
 www.moe.gov.my  ataupun melalui http://sbpa1.jpa.gov.my/opsyenmoe/ atau http://sbpa2.jpa.gov.my/opsyenmoe/.  Untuk memasuki sistem SBPA  Y. Bhg. Tan Sri/Dato' Sri/Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan hanya perlu memasukkan:-

                                    ID Pengguna: Sila masukkan No Kp anda
                                    Katalaluan    : Sila masukkan katalaluan anda sama seperti 
                                                             katalaluan  HRMIS  

Sekiranya Y. Bhg. Tan Sri/Dato' Sri/Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan tidak pernah menggunakan aplikasi HRMIS Y. Bhg. Tan Sri/Dato' Sri/Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan boleh menggunakan No. Kp sebagai  menggantikan ID Pengguna dan katalaluan untuk memasuki sistem SBPA.

2.         Y. Bhg. Tan Sri/Dato' Sri/Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan boleh mencetak surat tawaran opsyen SBPA setelah maklumat perkhidmatan Y. Bhg. Tan Sri/Dato' Sri/Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan disahkan oleh pengurus sumber manusia di agensi masing-masing.

3.         Sebarang pertanyaan mengenai maklumbalas SBPA Y. Bhg. Tan Sri/Dato' Sri/Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan bolehlah menghubungi talian seperti di bawah:-

                                    Talian Helpdesk Hotline SBPA
                                    Tel   : 03-8884 7137/7189/7038
                                    Emel  : sbpa@moe.gov.my

                                    Hotline Teknikal
                                    Pasukan Aplikasi : 03-8316 4134/4135
                                    Pasukan Server   : 03-8316 4119/4120/4105
                                    Emel Teknikal  : helpdesk_sbpa@jpa.gov.my                                :


Sekian dan terima kasih
Sumber     |      Blog Unit Sekolah Rendah JPNT


YANG BERBAHAGIA DATO’ SRI ABD GHAFAR MAHMUD SAMBUNG PERKHIDMATAN SEBAGAI KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA

 Yang Berbahagia Dato’ Sri Abd Ghafar Mahmud yang bersara wajib pada 7 Disember 2011, disambung perkhidmatan sebagai Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia selama setahun lagi bermula 8 Disember 2011 hingga 7 Disember 2012 atas keperluan perkhidmatan.

Sumber dari:
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Pelajaran Malaysia
9 Disember 2011

Saraan Baru Perkhidmatan Awam

Dokumen berkenaan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) boleh diakses dan dimuat turun melalui laman web agensi-agensi seperti yang disenaraikan pada pautan berikut. Tuan/Puan dinasihati agar mengakses dan memuat turun dokumen SBPA melalui laman web agensi masing-masing.

Muat turun pekeliling  PELAKSANAAN SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM
BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN  

Program Sandaran Ke Kelantan

Photobucket
24 November 2011- PKG Daerah Kuala Terengganu telah mengadakan program sandaran ke PKG Tumpat, Kelantan.

Seramai 75 orang peserta yang terdiri daripada guru-guru, juruteknik komputer serta EIO sekolah-sekolah daerah Kuala Terengganu telah turut serta dalam program ini.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pegawai dan staf PKG Daerah Tumpat yang terdiri daripada PKG Tumpat, PKG Pasir Pekan dan PKG Chabang Empat atas kesudian menerima kunjungan dari kami.

Selamat Bersara Tuan...

KUALA TERENGGANU 21 Nov. - Setelah lebih 34 tahun berkhidmat dalam sektor pendidikan, Pengarah Jabatan Pelajaran negeri, Razali Daud mencapai usia persaraan, semalam.

Razali, 58, menyerahkan tugas kepada Timbalannya, Hashim Mat Zin dalam satu majlis ringkas di pejabatnya hari ini yang akan memikul tangung jawab itu buat sementara waktu.

Razali ketika ditemui pemberita berkata, persaraannya tidak akan membataskan khidmatnya dalam bidang pendidikan di negeri ini.

"Sekiranya masih diperlukan, saya akan terus menyumbang apa yang termampu termasuk dari segi tenaga dan buah fikiran untuk kebaikan sistem pendidikan di sini.
"Saya sendiri mengimpikan Terengganu negeri terulung dalam bidang pendidikan di negara ini," katanya.
Pada masa sama, Razali turut berharap agar warga pendidik terus mempertingkatkan komitmen masing-masing di bawah kendalian pengarah baru nanti.
"Bidang pendidikan perlu dijaga, diberikan perhatian, diteliti dan dirancang dengan sebaik mungkin demi kepentingan anak bangsa.
"Justeru, saya harap pengarah baru nanti akan teruskan agenda kita untuk melestarikan pendidikan terbilang di negeri ini dalam usaha menjadikan Terengganu sebagai Negeri Anjung Ilmu," ujar beliau.  

Sumber : Blog Unit Sekolah Rendah JPNT

UPSR 2011 - Terengganu Terus Unggul

KUALA TERENGGANU - Terengganu terus unggul dalam pencapaian semua A, UPSR 2011 dengan pencapaian 15.6 % meningkat sebanyak 0.2% berbanding tahun 2010 sebanyak 15.4%. Begitu juga dengan pencapaian Minimun C telah meningkat kepada 71.1% berbanding 66.8%. Peningkatan 4.3 % menurut En.Razali bin Daud, Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu adalah antara yang terbaik semenjak beberapa tahun ini. Begitu juga dengan Gred Purata Negeri telah meningkat 0.11 dari tahun 2010 sebanyak 2.25 kepada 2.14 tahun 2011.
     Pengumuman keputusan UPSR 2011 bagi negeri Terengganu telah disampaikan oleh Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu di Bilik Mesyuarat Alamanda, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu pagi ini. Turut hadir Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri, Ketua-Ketua Sektor, Pegawai-Pegawai Pelajaran Daerah, pagawai di jabatan dan ppd serta wartawan akhbar dan media elektronik
     Pengarah Pelajaran Negeri bersyukur dengan pencapaian berkenaan dan semua pihak yang memberi sokongan ke arah kecemerlangan itu. Sebanyak 63 buah sekolah telah mencapai kejayaan cemerlang. SK. Kampung Bharu Tok Dor, Besut memperolehi pencapaian tertinggi peratus 5A iaitu sebanyak 66.67 %. Sementara pencapaian tertinggi GPS ialah SK Dusun, Hulu Terengganu iaitu 1.23. Daerah terbaik pencapaian semua A ialah Daerah Besut iaitu 23.9%



Sumber : Portal JPN Terengganu

Bengkel Pemantapan i-NILAM 2011

10 November 2011- PKG Durian Burong telah mengadakan bengkel pemantapan i-Nilam kepada semua guru nilam sekolah ahli bertempat di Bilik Auditorium SMK Seri Nilam. Bengkel tersebut diadakan bagi memantapkan pengisian data nilam pelajar ke dalam sisten pengisian i-nilam secara dalam talian serta proses kemaskini data pelajar untuk laporan ahkir tahun.

Mesyuarat Pengurusan PKG Daerah Kuala Terengganu

3 November 2011- PKG Daerah Kuala Terengganu telah mengadakan mesyuarat pengurusan PKG Daerah Kuala Terengganu kali ke-4 tahun 2011 bertempat di PKG Manir. Kesemua PTP dan N17 PKG terlibat dalam mesyuarat tersebut.

Taklimat Pengedaran Bahan Digital MBMMBI


13 Oktober 2011 - Seramai 12 peserta daripada guru Bahasa Melayu dan guru Bahasa Inggeris dari 6 buah sekolah menengah ahli PKG Durian Burong telah menghadiri  Taklimat Pengedaran Bahan Digital MBMMBI dan seterusnya menandatangani Akuan Penerimaan bahan tersebut yang telah diadakan di bilik mesyuarat PKG Durian Burong.
Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Bahagian Teknolgi Pendidikan mengedarkan bahan-bahan digital untuk kegunaan dalam pengajaran dan pembelajaran mulai sesi persekolahan tahun 2012. Bahan-bahan tersebut diedar ke sekolah-sekolah menengah seluruh negeri Terengganu melalui Pusat Kegiatan Guru.

Sepuluh Adab Puasa

SEPULUH ADAB-ADAB BERPUASA DAN SOLAT TARAWIH
disaring dari kitab ‘Nasihat Agama dan Wasiat Iman’
karangan : al-Habib Abdullah bin Alwi al-Haddad (1132H)


Setiap orang yang mengerjakan puasa perlu mematuhi beberapa peraturan dan adab yang boleh menyempurnakan ibadah tersebut, antara yang terpenting ;

i. menjaga lidahnya dari berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena mengena dengannya,

ii. memelihara mata dan telinga dari melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh Syara’ dan yang sia-sia,

iii. mengawal perutnya dari merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya mungkin untuk menghasilakn pemakanan yang halal lagi bersih,

Ulama silam pernah berpesan : “Apabila kamu berpuasa maka perhatikanlah apa yang akan dijadikan makanan berbukamu dan di manakah kamu akan berbuka ?” Ia adalah panduan yang terbaik bagi mengawasi diri dari terjebak dengan unsur-unsur makanan yang tidak halal.

iv. berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan dari mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia. Dengan demikian ibadah puasanya akan suci dan sempurna. Terdapat ramai yang memenatkan diri dengan berlapar dan berdahaga, membiarkan diri terdorong kepada perlakuan dosa dan noda, kerana itu puasanya rosak binasa dan keletihannya tidaklah berbaloi sebagaimana maksud sabda Junjungan saw : “Ramai yang berpuasa tidak mendapat ganjaran dari puasanya melainkan lapar dan dahaga!” [an-Nasaei]

Meninggalkan maksiat menjadi kewajipan kepada seluruh orang Islam samada mereka sedang berpuasa atau tidak, apatah lagi bagi yang berpuasa ianya lebih dituntut dan diwajibkan. Sabda Rasullah saw : “Puasa itu adalah ‘ perisai’, sekiranya seseorang dari kalangan kamu sedang berpuasa janganlah dia bercakap kotor, melakukan keburukan dan berbuat bodoh. Jika ada orang lain yang mengejinya atau cuba memeranginya maka hendaklah dia katakana kepada orang itu : “Saya sedang berpuasa”. [al-Bukhariy dan Muslim]

v. janganlah membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya, bahkan besederhanalah pada keduanya bagi menyelami kejerihan lapar dan dahaga. Dengan demikian sanubarinya terkawal, keinginan nafsunya kurang, hatinya ceria, itulah rahsia dan intipati puasa yang perlu dicapai.

vi. jauhikan diri dari mengikut dorongan nafsu ketika berbuka dengan beraneka jenis makanan yang lazat-lazat. Sebaik-baiknya adat makannya sama sahaja di bulan puasa dan bulan-bulan yang lain. Pengembelingan diri di dalam mengurangkan tuntutan jasmani dan keinginan perasaan memberikan kesan yang positif terhadap kecerahan hati nurani yang amat dituntut terutama pada bulan Ramadhan.

Mereka yang menjadikan keinginan nafsu perut sebagai tunggangan akal mereka ketika berbuka yang menyalahi kebiasaan pada bulan-bulan lain sebenarnya terpedaya dengan pujukan Iblis dan rayuannya yang bertujuan menghilangkan barakah (berkat) ibadah puasa mereka, ni’mat limpahan ketenangan dari Allah swt, kekusyukan diri ketika bermunajat dan berzikir kepadaNya.

Sepatutnya orang yang berpuasa mengurangkan kadar pemakananya sehingga terserlah kesan puasa itu kepada dirinya. Kekenyangan adalah punca kelalaian, kealpaan, keras hati dan malas melakukan ketaatan kepada Allah swt.

Sabdanya : “Takungan jelek yang dipenuhkan oleh manusia adalah kantong perutnya, memadailah baginya beberapa suapan yang dapat meneguhkan tulang belakangnya. Jika dia enggan maka berikanlah sepertiga (bahagian perutnya) untuk makanan, sepertiga kedua untuk minuman dan sepertiga terakhir bagi pernafasannya” [ Ahmad dan at-Tarmiziy].

Terdapat ulama yang mengungkapkan kata-kata berikut : ‘Sekiranya perutmu kenyang angota-anggota lain akan lapar (akan menurut turutan nafsu) tetapi sekiranya perutmu lapar kesemua anggotamu akan kenyang’.

As-Salaf as-Soleh (mereka yang terdahulu) mengurangkan perkara kebiasaan dan dorongan diri serta memperbanyakkan amal ibadat di bulan Ramadhan secara khusus bahkan itulah adat mereka sepanjang masa.

vii. tidak menyibukkan diri dengan urusan duniawi pada bulan Ramadhan ini bahkan mengambil kesempatan yang ada bagi beribadat kepada Allah dan mengingatiNya sebaik mungkin. Justeru itu dia tidak melakukan perkara duniawi melainkan sekadar keperluan hariannya atau kepada mereka yang berada di bawah tangungannya. Demikian yang selayaknya dilakukan pada bulan Ramadhan yang mulia ini sama seperti pada hari Jumaat yang sepatutnya dikhususkan bagi amalan akhiratnya.

viii. mempraktikkan amalan sunnah seperti segera berbuka apabila masuk waktunya, berbuka dengan buah tamar (kurma) dan jika ianya tiada memadailah dengan segelas air serta melambatkan makan sahur.

Nabi saw berbuka dahulu sebelum Baginda mengerjakan solat Maghrib.

Sabdanya : “Ummatku sentiasa berada di dalam keadaan baik (berkat) selama mana mereka mempercepatkan berbuka (apabila masuk waktunya) dan melambatkan makan sahur”. [Ahmad, al-Bukhariy dan Muslim].

ix. menyediakan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa sekalipun dengan beberapa biji tamar atau segelas air. Sabda Baginda saw : “Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa baginya ganjaran seumpama pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya (orang yang berpuasa)”. [al-Baihaqi dan ibnu Khuzaimah].

x. memenuhi malamnya dengan amalan sunat seperti solat Tarawih, witir dan sebagainya.

Adalah dinasihatkan kepada para imam supaya tidak mempercepatkan solat Tarawihnya sepertimana amalan kebiasaan sebahagian besar mereka di masjid dan surau. Perbuatan tersebut menjejaskan mutu ibadah solat Tarawih mereka kerana meninggalkan ‘wajib-wajib’ solat tersebut seperti ; meninggalkan tomakninah semasa ruku’ dan sujud, mencacatkan bacaan al-Fatihah sebagaimana sepatutnya lantaran ingin kecepatan dalam mengejar waktu sehingga meninggalkan makmum di belakang tertinggal rukun-rukun penting dalam solatnya. Amalan Tarawih seperti itu menjadi tidak sempurna dan berkurangan pahalanya.

Kerana itu berwaspadalah terhadap cara demikian dengan kembali mengamalkan ibadah solat seperti waktu-waktu lain, menyempurnakan qiyam, bacaan al-Fatihah, ruku’, sujud, khusuk, hadir hati dan semua peradaban solat dan rukunnya.

Bagi makmum pula disyorkan supaya sentiasa bersama imamnya di dalam mengerjakan solat Tarawih itu sehinggalah selesai samada sebanyak 20 rakaat atau pun 10 rakaat. Sabdanya saw : “Apabila seseorang menunaikan solat bersama imamnya sehinggalah imam itu (selesai dan) beredar, dikirakan untuknya (makmum) pahala qiyam semalaman” [an-Nasaei].

Dipetik daripada Portal Mufti Negeri Terengganu

Surat Kibarkan Bendera Malaysia dan Terengganu Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan

SURAT PPD:
SURAT MAJLIS PELANCARAN KIBAR JALUR GEMILANG PERINGKAT NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN SEMPENA SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE 54 TAHUN 2011

SAMBUTAN PERAYAAN BULAN KEMERDEKAAN YANG KE-54 TAHUN 2011

Taklimat Penyenggaraan ICT 2011



21 Julai 2011(Khamis)-Taklimat Penyenggaraan ICT kepada sekolah-sekolah Daerah Kuala Terengganu telah diadakan pada 21 Julai  2011 bertempat di Dewan Seminar PKG Durian Burong. Taklimat  ini telah dihadiri oleh guru ICT sekolah daerah Kuala Terengganu yang terlibat dengan penyenggaraan 2011 di bawah agihan peruntukan PPD Kuala Terengganu dan BTPN Terengganu. Taklimat ini penting bagi mendedahkan kepada sekolah mengenai prosedur dan tatacara penyenggaraan ICT supaya proses penyenggaraan pada tahun ini dapat berjalan dengan lancar. Taklimat ini telah disampaikan oleh En. Mat Sabri(PTP PKG Manir), En. Yusuf (PTP PKG Bukit Besar) dan EN. Mohammad (PTP PKG Durian Burong).

Lawatan Penanda Aras Dari PKG Pendang dan PKG Bujang, Kedah


Tanggal 12 Julai 2011, Pusat Kegiatan Guru  Pendang dan Bujang, Kedah telah berkenan mengunjungi SK Padang Midin, Kuala Terengganu untuk tujuan "Perkongsian Dalam Pengurusan PSS  Di Sekolah". Rombongan itu diketuai oleh Tuan Hj.Mohd Shukri B.Mahet, Dalam rangka lawatan mereka ke Pantai Timur selama 3 hari 2 malam ini, SK Padang Midin  merupakan destinasi awal lawatan mereka. Rombongan ini disertai oleh  seramai 88 orang yang terdiri daripada pegawai PKG, Guru-guru Penyelaras Bestari, ICT dan Guru Penyelaras Media bagi PKG Pendang dan PKG Bujang.

TARIKH BARU PENUTUPAN PENARAFAN SSQS


           Sebagaimana yang tuan/puan sedia maklum penarafan SSQS sedang berjalan mengikut tempoh yang ditetapkan sebelum ini. Memandangkan portal SSQS menghadapi masalah akibat digodam, maka pihak sekolah menghadapi kesukaran melaksanakannya.
           Sehubungan itu, Bahagian Teknologi Pendidikan menetapkan untuk melanjutkan tempoh penarafan mengikut TARIKH BARU seperti berikut:


  3.1 ZON SABAH/WP LABUAN/SARAWAK
      13 Jun- 17 Julai 2011 (Tarikh awal: 13 Jun-3 Julai 2011)

  3.2 ZON UTARA/TIMUR            
      4 Julai - 30 Julai 2011 (Tarikh awal: 4 Julai-24 Julai 2011)

  3.3 ZON TENGAH/SELATAN        
      25 Julai - 20 Ogos 2011(Tarikh awal: 25 Julai - 14 Ogos 2011)


Harap maklum.

Mesyuarat dan taklimat penarafan SSQS 2011


5 Julai 2011 - Pusat Kegiatan Guru Durian Burong telah berjaya mengadakan mesyuarat dan taklimat tentang pengisian Instrument Penarafan SSQS bagi tahun 2011 bertempat di bilik mesyuarat PKG Durian Burong. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh Guru Penyelaras ICT / wakil sekolah ahli dan telah disampaikan oleh PTP PKG Durian Burong tentang cara-cara pengisian dalam instrument penarafan SSQS bagi tahun 2011. Diharapkan dengan pendedahan ini akan memberikan kefahaman kepada pihak sekolah untuk pengisian instrument tersebut dan dapat menyelesaikan penarafan dalam masa yang telah ditetapkan iaitu sebelun 24 Julai 2011.

SIARAN LANGSUNG MAJLIS PELANCARAN LARIAN SERENTAK 1MURID 1SUKAN 1MALAYSIA 2011


Kementerian Pelajaran Malaysia akan mengadakan majlis Pelancaran Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia 2011 yang akan berlangsung pada 2 Julai 2011 di Padang Esplanade, Taiping, Perak. Acara ini akan disiarkan secara Live Streaming melalui Portal EduwebTV di alamat www.eduwebtv.com mulai jam 7.30 sehingga 9.00 pagi.

Marilah kita saksikan acara bersejarah ini yang merupakan larian terbesar yang disertai oleh murid-murid sekolah yang pernah diadakan di negara ini. Acara ini juga akan dicatatkan dalam Malaysia Book of Records (MBR).

SAMBUTAN PERAYAAN HARI GURU PERINGKAT DAERAH KUALA TERENGGANU 2011


Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Daerah Kuala Terengganu 2011 akan diadakan sebagaiamana ketetapan berikut:
Tarikh     :     23 Jun 2011 (Khamis)
Masa     :     8.00 pagi
Tempat  :     Dewan SMK Dato' Razali ismail, Kuala Terengganu
Pakaian:     Batik
Bilangan penyertaan adalah sepertimana berikut:
Sekolah Menengah : 8 orang (Pengetua dan GPK/Guru Kanan Mata Pelajaran/Guru Penolong)
Sekolah Rendah     : 4 orang (Guru Besar dan GPK/Guru Penolong)

Program Memasyarakatkan Pendidikan Sempena Perayaan Hari Guru



14 Mei 2011, SABTU – Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Terengganu telah mengadakan Program Memasyarakatkan Pendidikan Sempena Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Terengganu 2011 bagi Zon PKG Durian Burong pada 14 Mei 2011.
        Program yang julung kali diadakan ini merupakan satu program yang dirancang bagi memberi ruang dan peluang kepada warga pendidik untuk merapatkan hubungan dan mengeratkan lagi ikatan silaturrahim antara golongan pendidik dan warga murid dengan penduduk setempat.
        Antara aktiviti yang dijalankan ialah gotong-royong membersihkan Masjid Jamek Kampung Paloh, membersihkan kawasan perkuburan  Makan Tok Ku Paloh, tazkirah ilmu dan majlis ramah mesra bersama pemimpin setempat

Kursus Pemantapan Pengurusan PSS


          8 Mei 2011- Jawatankuasa Pembangunan Pusat Sumber Sekolah PKG Durian Burong telah mengadakan kursus Pemantapan Pengurusan PSS untuk sekolah ahli bertempat di Bilik Seminar PKG Durian Burong. Seramai 2 orang guru bagi setiap sekolah yang terlibat secara langsung dalam pengurusan Pusat Sumber Sekolah telah dipilih untuk mengikuti kursus ini. 
          Terima kasih  diucapkan kepada Pn. Nik Rosniza (BTPNT), Pn. Siti Hawa (SMK Padang Midin) dan Pn. Roslina (SK Gelugor) sebagai fasilitator bagi menjayakan kursus ini dengan pengalaman yang dimiliki untuk dikongsi bersama oleh peserta kursus tersebut. 
          Kursus ini juga turut dihadiri oleh En. Mohd Kaman selaku pengerusi Jawatankuasa Pembangunan PSS PKG Durian Burong.

Tahniah Di atas Perlantikan Tuan PPD Kuala Terengganu


Seluruh warga PKG Durian Burong mengucapkan tahniah atas perlantikan  Tuan Haji Matsor bin Ismail sebagai Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Terengganu yang baru semoga kehadiran Tuan PPD dapat merialisasikan PPD Kuala Terengganu sebagai Peneraju Kecemerlangan Pendidikan dan Melestarikan Pendidikan Terbilang.

SELAMAT MENYAMBUT HARI IBU


Kita semua dilahirkan di dunia ini melalui seorang yang bernama ibu. Begitu besar peranan dan jasa insan yang bernama ibu ini. Oleh itu renungkanlah sejenak apakah yang telah kita lakukan untuk membalas segala budi ibu ini.


Hari Ibu akan disambut pada 8 Mei 2011(AHAD). Sambutlah hari ini dengan mengucapkan selamat hari ibu serta ucapan jutaan terima kasih atas kasih sayang dan pengorbanan ibu kita selama ini. Disini juga saya ingin memaparkan sebuah cerita agung tentang pengorbanan seorang Ibu kepada anaknya...



"Nurse,boleh saya tengok bayi saya?"

Ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dengan tidak kepada seorang jururawat. Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyuman meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu,diciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada dipangkuannya.

Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga. Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal,sesuatu yang cukup menggembirakan si ibu.

Masa terus berlalu...Pulang dari sekolah suatu tengahari,anak yang tiada cuping telinga itu kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia diejek rakan-rakan.

"Mereka kata saya cacat," katanya kepada si ibu.

Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan muncul sebagai pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga,si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk.

Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor. Ayah kanak-kanak itu tidak mahu anaknya terus merasa rendah diri dengan keadaan diri yang cacat.

"Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma," kata pakar bedah.

Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban. Setahun berlalu...

"Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan," kata si ayah.

Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang. Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajarannya. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.

"Sebelum berangkat ke luar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya," kata si anak berkali-kali.

"Tak mungkin," balas si ayah.

"Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan.Tunggulah,masanya akan tiba."

"Bila?" tanya si anak.

"Akan tiba masanya anakku," balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk.

Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya. Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya,perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku. Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada.

"Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya," si ayah berbisik ke telinga anaknya.

"Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat,dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya...tanyalah pada sesiapa pun kenalannya."

Mesyuarat PKG Daerah Kuala Terengganu Bil 2/2011

 
PKG Daerah Kuala Terengganu telah berjaya mengadakan mesyuarat kali ke-2 bagi tahun 2011 pada 6 April 2011 bertempat di Bilik Mesyuarat PKG Langkap, Setiu. Semua PTP 1 dan PTP 2 serta FT 17 PKG Bukit Besar, FT 17 PKG Tok Jiring, FT 17 PKG Mengabang Telipot hadir ke mesyuarat kali ini.
PKG Langkap dipilih sebagai lokasi mesyuarat kali ini kerana ingin melihat Pusat Sumber PKG tersebut yang telah terpilih sebagai pusat sumber terbaik PKG Berbangunan untuk dijadikan sebagai penanda aras bagi membangunkan pusat sumber PKG masing-masing.

Agenda mesyuarat :
1. Ucapan Pengerusi
2. Pengesahan Minit Mesyuarat yang lalu
3. Perkara berbangkit
4. Laporan Kewangan
5. Laporan Keputusan pemilihan tokoh Nilam Daerah Kuala Terengganu 2011
6. SKT PKG 2011
a-ICT
b-PSS
c-i Nilam

6. Hal-hal lain

mesyuarat ditangguh pada pukul 1.10 tghari
 
Terima kasih kepada Pegawai dan Staf PKG Langkap atas layanan yang cukup baik sepanjang mengadakan mesyuarat tersebut.

Kursus Eduwebtv Daerah Kuala Terengganu Selatan

 PKG Daerah Kuala Terengganu Selatan telah mengadakan kursus eduwebtv versi2.0 kepada sekolah ahli yang mendapat bekalan TVLCD pada 27 dan 28 Mac 2011 bertempat di PKG Bukit Besar. Kursus ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada sekolah untuk mengintegrasikan penggunaan bekalan TVLCD dengan portal eduwebtv dalam pembelajaran.
Kursus ini turut dihadiri oleh pegawai dan staf PKG Daerah Kuala Terengganu sebagai pemangkin kepada masalah yang dihadapi oleh sekolah dalam penggunaan portal eduwebtv ini.
Terima kasih kepada En. Mohd Yusof, En. Mohammad bin Ali, Pn. Syuhairah dan Cik Anita selaku Fasilitator kursus ini.

Pemilihan Calon Tokoh Nilam 2011


 24 Mac 2011, Seramai 19 orang peajar dari sekolah ahli PKG Durian Burong telah berjaya melaksanakan ujian saringan  bagi pemilihan calon tokoh nilam yang akan mewakili daerah Kuala Terengganu ke peringkat negeri. Program tersebut yang dijalankan di PKG Bukit Besar di kategorikan kepada beberapa segmen bagi mencungkil bakat dan kemahiran yang ada pada setiap pelajar seperti ujian bertulis, sesi temuduga serta pengucapan awam.
          Program tersebut merupakan satu kerjasama seluruh warga PKG Daerah Kuala Terengganu yang terlibat secara langsung bagi pemilihan calon setiap PKG daerah Kuala Terengganu.
          Adalah diharapkan pertandingan ini akan menjadi mekanisme paling adil untuk memilih calon daerah ke peringkat negeri Terengganu tahun 2011. Ia juga menjadi medan menilai komitmen sekolah dalam melaksanakan dan menyediakan calon NILAM sekolah ke peringkat daerah. Komitmen pelbagai pihak diharap dapat menjadikan Calon Nilam daerah Kuala Terengganu berdaya saing dan menguasai pertandingan NILAM Peringkat negeri dan kebangsaan.

Keputusan SPM 2010

TERENGGANU TERUS UNGGUL DENGAN PENINGKATAN
 
Terengganu terus melakar kecemerlangan dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 yang diumumkan serentak hari ini, apabila gred purata negeri mencapai 5.03 bagi 2010 berbanding 5.17 tahun sebelumnya.
Pengecilan nilai gred purata negeri menunjukkan prestasi keseluruhan meningkat. Malah, peratusan calon yang memperolehi A ( kombinasi A+, A dan A-) dalam semua subjek yang diambil meningkat 0.5 peratus daripada 1.31 peratus (283 calon) pada 2009 kepada 1.88 peratus (405 calon).
Selain itu, peningkatan juga direkodkan dalam peratusan calon yang lulus semua subjek, iaitu 2.96 peratus daripada 53.58 peratus (11,601 calon) pada 2009 kepada 56.54 peratus (12,182 calon).
Pengarah Pelajaran Terengganu, Encik Razali Daud, berkata bilangan pelajar yang memperolehi keseluruhan A atau Gred Cemerlang Tertinggi (A+) juga menunjukkan peningkatan ketara daripada hanya lima pelajar pada 2009 melonjak kepada 17 pelajar pada 2010.
Daripada 17 pelajar, empat daripadanya merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tok Jiring, tiga pelajar daripada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Sulaiman (Kuala Terengganu dan dua pelajar masing-masing dari Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu dan SMK Sultan Ismail 2 (Kemaman).
Sementara enam pelajar lagi, masing-masing seorang daripada SMA Atas Sultan Zainal Abidin, SMK Tengku Lela Segara (Marang), SMK Lemmbah Bidong ( Setiu), SM Sains Sultan Mahmud (Kuala Terengganu), SMK Rantau Petronas (Kemaman); SMK Tengku Mahmud, Besut.

SUMBER :Laman Web Jabatan Pelajaran Terengganu

Pemilihan Calon Tokoh Nilam

MAKLUMAN :

Pemilihan calon tokoh nilam sekolah ahli PKG Durian Burong yang akan mewakili Daerah Kuala Terengganu akan diadakan pada 24 Mac 2011  bertempat di PKG Bukit Besar.

Masa  :   8.00 pagi

Harap maklum

Kursus EduWebTV

MAKLUMAN:

Kursus  EduwebTV kepada sekolah ahli yang mendapat bekalan TV LCD akan diadakan pada 27 dan 28 Mac 2011 bertempat di PKG Bukit Besar.

Harap Maklum.

Kajian Keberkesanan Pengurusan Program NILAM Melalui Sistem i-NILAM

MAKLUMAN : TINDAKAN SEGERA GPM / GURU PENYELARAS NILAM
Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) sedang membuat satu kajian menyeluruh untuk mendapatkan maklum balas terhadap keberkesanan pengurusan program NILAM melalui penggunaan sistem i-NILAM yang mula dilaksanakan pada tahun 2010.
Kerjasama Guru Perpustakaan Dan Media sekolah untuk melengkapkan "Soal Selidik 2" sebelum 18 Mac 2011 melalui pautan berikut :

Mesyuarat JKPA PKG Daerah Kuala Terengganu Bil 1/2011

Majlis Perasmian JKPA
Tarikh : 28hb Februari 2011
Hari : Isnin
Tempat : Dewan Besar Bahagian Teknologi Pendidikan

Aturcara
8.30 Kehadiran hadirin
9.00 Nyanyian
-Negaraku
-Akal Budi

-Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
-Ucapan PPDKT (Wakil :  En. Azhar bin Abu Bakar)
-Ucapan Perasmian oleh KPP (wakil : En. Azman bin Othman)
-Penyampaian Sijil Anugerah Cemerlang IQ PSS dan SSQS
-Bacaan Doa

10.30 Jamuan ringan
11.00 Mesyuarat JKPA
PKG Bukit Besar  =  Dewan Seminar
PKG Durian Burong = Bilik Persidangan
PKG Mengabang Telipot = Bilik Mesyuarat Lama
PKG Manir = Bilik Duyung
PKG Tok Jiring = Bilik Mesyuarat 2 (Surau lama)

Kursus Makmal Bahasa SK Losong




SK Losong merupakan satu-satunya sekolah di negeri Terengganu yang telah terpilih sebagai sekolah Projek Rintis Makmal Bahasa (MBMMBI) KPM. Satu latihan penggunaan  peralatan dan perisian kepada guru serta murid tahun 1 SK Losong telah dilaksanakan pada 18 Januari 2011oleh Syarikat Oricson sebagai pembekal peralatan makmal bahasa tersebut.